Zahri khusyuk menghabiskan nasi ayam yunan di hadapannya,begitu selera sekali dia ,manakan tidak itu adalah makanan kegemaran dia tambahan pula dia memang tengah lapar,dua tiga hari ini dia memang kurang makan kerana tidak berselera.Hairul dan Sulaiman hanya tersenyum melihat kelatah Ari yang begitu menikmati makanan tersebut,sengaja Sulaiman membawa Ari makan di situ untuk memujuk Ari.Ari yang tiba-tiba sedar dia sedang diperhatikan lantas berhenti makan dan memandang kehairanan kepada dua orang dihadapanya itu yang langsung tidak menyentuh makanan yang telah tersedia.
"kenapa tak makan,tak sedap ke"tanya Ari kehairanan.
"xda lah kami enjoy tengok kau makan macam ni selera habis erkk,macam tak sedar kami ada dekat sini"
usik Hairul.
"sebenarnya Rul,Ari memang suka makan nasi ayam nie,"jelas Sulaiman.
Ari tersenyum ceria seraya berkata "nasi ayam memang nie memang best ,sayur dia lain-lain dari yang lain,ayamnya pula banyak isi dan ttidak terlalu masak,kicapnya pula cukup rasa,memang rugi lah kalau tak makan,nie lau tak nak makan meh Ari tolong habiskan".
Sulaiman yang senang hati melihat Ari yang sudah mahu berbual dengan nya menghulurkan pinggan nasi tersebut ke arah Ari tanda isyarat menyuruhnya boleh habiskan nasi ayam itu.Ari terkejut tak sangka gurauannya itu di ambil serius pula,dia ingin sekali habiskan nasi ayam dalam pinggan kedua tersebut namun niatnya terbantut kerana Hairul ada di situ,agak segan rasanya,kesudahahnya nasi tersebut dibiarkan sahaja.
Hairul memecahkan kesunyian"kenapa tak habiskan tak baik tau membazir,ke kau nak aku suap pula"
dia tersenyum sinis.Ari hanya terdiam "dia ni tak habis-habis lah nak menyakat ,kalau aku makan kan kata aku kuat makan lak,lau tak makan kata macam tu lak".Akhirnya Ari terpaksa juga habiskan semua,dia tidak pedulikan pandangan Hairul.Selepas memakan semua ,perut Ari rasa terlebih kenyang,dia ingin sekali balik cepat dan ingin merebahkan diri di atas katil,sudah tidak larat lagi berjalan.Sulaiman pergi membayar bil makanan dan mereka keluar meninggalkan kedai begerak ke arah kereta Hairul.
"so kita nak gerak ke mana pula ini nak balik ke atau go somewhere else"Hairul bertanya.
" apa kata kita ronda-ronda dulu dah lama tak tengok permandangan dekat ipoh ini,ke macam mana Ari ok x?,"Sulaiman mencadangkan.
"ok lah ikut abg saja,tak kisah "Ari hanya mengiyakan tak sampai hati pula nak sia-siakan usaha Sulaiman,dia tahu Sulaiman ingin memujuk dirinya.
Malam itu mereka bertiga begitu seronok pusing-pusing di kawasan bandarraya Ipoh.Ipoh merupakan sebuah bandar raya yang terletak di daerah kinta,jaraknya kira-kira 200 km ke kuala lumpur.Selain itu juga Ipoh merupakan bandar raya yang keempat terbesar di Malaysia.Kiranya banyak lah tempak yang menarik di kawasan IPOH INI,namun begitu Ari jarang berpeluang untuk berjalan-jalan di bandar tersebut,maklumlah terpaksa menununggu Sulaiman cuti hujung minggu barulah mereka keluar berjalan-jalan.Itupun lokasi yang dekat-dekat sahaja dia area tersebut.Setelah penat pusing-pusing bandar,mereka bergerak pulang dan tepat pukul 12.30 mereka tiba di kawasan rumah Sulaiman,seusai itu Ari keluar dari kereta
"terima kasih ya sebab bawa saya pergi makan and jalan-jalan takdi"ujar Ari sambil tersenyum manis.
Hati Hairul berperasaan aneh melihat senyuman manis ari etrsebut,jadi tenang sebentar ,setakat dia kenal
Ari ,tak pernah dia melihat tersenyum begitu,Ari kelihatan begitu ceria dan gembira pada saat itu.Hairul pun membalaskan senyuman
"sama-sama,no hal lah,anggap je hadiah terima kasih sebab kau temankan aku pergi beli barang takdi,and tanda minta maaf sebab buat jari kau luka,ok"Hairul cuba berlagak tenang walhal dia agak cuak,dia ingin sekali bertanya kepada Ari samaada ingin keluar denganya tak selepas ini namun segan akhirnya dia tidak jadi bertanya soalan itu.
"ok lah dah lewat nie ,nak masuk dulu lah,bye good night",Ari berjalan penuh kegirangan.
Sulaiman yang masih di situ hanya memerhatikan mereka berdua,dia perasan ada sesuatu di antara mereka namun dia malas masuk campur sangat hal mereka.Melihat muka Hairul yang seolah-olah runsing tu dia terus bertanya.
"kau nie kenapa Rul,penat ke,larat ke tak nak drive nie lau tak larat kau lepak je rumah aku esok pagi-pagi kau balik lah"
"xpelah aku ok lagi ni,k lah aku gerak dulu,bye nanti apa-apa aku contact kau k."ujar Hairul lalu berlalu pergi .
Selepas Hairul pergi ,Sulaiman masuk ke dalam rumah ,matanya mencari Ari namun tiada di situ,mungkin di dalam biliknya agak Sulaiman,namun tiba-tiba kelibat Ari muncul dari ruang dapur sambil membawa secawan mug.
"lah abg ingatkan Ari dah masuk tidur"
"xda lah Ari buatkan air coklat panas untuk abg,Ari tahu abg biasa minum kan sebelum tidur,minumlah nanti sejuk pula tak sedap"ujar Ari.
"terima kasih,dah tiga hari abg tak minum air koko buatan Ari,yelah orang tu tengah mogok kan"usik Sulaiman.
"hishh ,mana ade,xde mogok pun,biasa tertidur awal tu yang tak semapt tu nak buat"Ari cuba memberikan jawapan.
"tak kisahlah macam mana pun,janji Ari dah ok sekarang,berutung abg dapat adik macam Ari nie,baik,rajin,pandai ambil hati orang ,ermmm rasa sayang pula nak lepaskan Ari dekat orang lain"celoteh Sulaiman.
Ari yang agak kehairanan tertanya dalam hatinya"lepaskan dekat orang lain"segera bertanya kepada Sulaiman kerana dia tidak faham apa yang sedang diperkatakan olehnya.
"apa maksud abg nie,Ari tak faham lah"
"yelah,takut lah nanti Ari dah dimiliki oleh orang lain,Ari tak layan abg macam nie lah,tumpu dekat orang tu aja."balasnya perlahan,ada nada sedih di situ.
"hahahahahah,pandai lah abg buat lawak,sapalah nak ke ARi ini,dah lah xda rupa,x berharta,banyak lagi lah yang kurang,xde yang nak nya,"jawabnya cuba berseloroh.
"lau abg kata Hairul tu suka dekat Ari,macam mana"tanyanya dengan nada yang agak serius.
"apalah abg nie,dia tu punyalah cukup pakej lau dia nak,ramai yang lebih dari ARI NI pun berlutut tau tak,lagipun kan dia bukan gay pun"
"Ari tahu mana dia bukan gay"Sulaiman bertanya kehairanan.
"takdi petang kan dia bawak Ari pergi beli hadiah untuk orang penting katanya,hadiah itu pulak rantai,muda lagi orang tu jawabnya,xda orang lain lah mesti teman wanita dia lah tu"jawab Ari ada nada cemburu dis itu.
Sulaiman ketawa sejurus Ari berkata-kata,tak tahan rasa kelakarnya,melihat Ari seolah-olah kebingungan itu,Sulaiman etrus menjelaskan.
"sebenarnya rantai tu untuk sepupu dia lah dai nak beli sempena majlis pertunangan sepupu dia,kenapa abg dengar macam ada orang tu cemburu ja,heheheheh" perli Sulaiman.
"hishh ke situ pula,manalah Ari tahu ,x kan lah Ari nak tanya dia pula belik untuk sapa-sapa kan,nati dia fikir lain pulak."Ari cuba menahan malu,pipinya lantas menjadi merah kerana mali diusik oleh abg nya macam itu
"ok lah Ari nak tidur lah ni dah mengantuk ,esok kerja pula,k good nite abg,"dia terus mencium pipi Sulaiman dan berlalu masuk ke biliknya.
Sulaiman hanya senyum sinis mendengar penjelasan daripada Ari.Dia begitu arif dengan perangai Ari,Ari bukanlah seorang yang sukakan seks rambang ataupun bertukar-tukar pasangan dan Ari pun tak pernah lagi jatuh cinta,disebabkan itulah dia terlalu menjaga Ari,dia bimbang bila Ari dah sukakan dekat seseorang namun orang tu mainkan perasaan dia pula,dia terlalu sayangkan Ari macam adiknya sendiri.
Sementara itu Hairul yang baru tiba di rumahnya terus membuka pintu rumah dan terus masuk,dia menghempaskan badannya ke sofa yang empuk itu untuk melepaskan penatnya.Sambil itu segera bayagan senyuman Ari bermain di ruangan minda nya,dia pun sukar untuk metaksirkan apa persaan dia itu,apa yang dia tahu dia senang melihat telatah Ari yang agak riang itu,ingin sekali dia mengenali Ari dengan lebih dekat dan Hairul mahu selalu berada disisinya.
"kenapa dengan aku nie,x kan dah jatuh cinta kowt ,dia tu budak lagi lah, tak matang lagi ."ujar nya seorang diri.Nasib baik dia di rumahnya kalau tidak tentu orang ingatkan dia tu gila bercakap sorang-sorang.Lantas Hairul cepat-cepat menghentikan lamunannya dan dai pergi bersihkan diri dan bersiap untuk tidur.Selepas siap untuk tidur Hairul ternampak rantai yang telah dipilih oleh Ari kepada sepupunya,dan sejurus itulah mejelma lah pula reaksi wajah ARI yng seolah-seolah cemburu dan selama itu juga lah Ari hanya sabar melayan karenahnya yang terlalu cerewet untuk membeli sesuatu.Ingatan dia terhadap Ari semakin kuat lantas dia mencapai handphonenya sambil mencari-cari nombor namun malangnya tiada tertera nombor Ari,
barulah Hairul teringat yang dia tak pernah minta nombor telefon Ari sambil menepuk dahinya.
"macam mana nie,nak minta nak Man ke,lau minta dia cakap apa pula nanti,lagipun dah lewat dan nie,tak elok gangu pulak dia"Hairul bermonolog,sudahnya Hairul tidak jadi hendak sms Sulaiman dan meletakan kembali telefonnya ke atas meja,dan dia terus melelapkan matanya.Hairul lena diulit mimpi indahnya bersama Ari,mereka berdua berlari-lari riang sambil berpegangan tangan di bawah gunung yang begitu menghijau dan cukup medamaikan hati.
